22 Julai 2019 - 14:56

Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu menyeru bagi pilihan raya demokratik 'tulen' diadakan di Hong Kong selepas menyaksikan keganasan politik, di sana baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Taiwan, Joseph Wu menyeru bagi pilihan raya demokratik 'tulen' diadakan di Hong Kong selepas menyaksikan keganasan politik, di sana baru-baru ini.

Menurutnya, tiba masanya bagi pemimpin bandar raya itu untuk mendengar permintaan penunjuk perasaan.

"Ia sangat menyedihkan melihat rule by law (memerintah mengikut undang-undang) dilanggar dan menjarakkan lagi antara rakyat dan kerajaan," katanya dalam kicauan akaun Twitternya hari ini. - AFP